click-click

08 May 2017

Petua orang lama

Petua Orang Tua

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat.Air itu  diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

selamat mengamalkan yaaa..

#Tag kawan & #share ye jika bermanfaat ❤❤❤

02 May 2016

Bersawangnya....

Lamanya tak memandang blog kenangan bersama anak2 ...sejak ada fb ..ig..whatssap. .blog hampir dilupakan..

Macam nak kena rajin melawat nie..baru x bersawang kan..




21 January 2013

Prasekolah: Tema Mingguan Prasekolah

Prasekolah: Tema Mingguan Prasekolah: TEMA MINGGUAN PRASEKOLAH   1.     Minggu Orientasi   2.    Perihal Diri Saya   3.    Badan Saya   4.    Keluarga Saya   5. ...

07 April 2012

Lint remover

Pernah tak hadapi masalah fabric berbulu..tak kisah la seluar, baju, tak pun cadar...ni salah satu sarung bantal yg agak lama dah x guna sbb dh berbulu..plan asal nak kikis dgn pisau or gunting..tp syukur sbb baru2 ni dapat satu alat berguna yg dberi nama LINT REMOVER...biasa dh tgk kat internet n pernah jumpa yg djual dgn harga yg agak mahal...so tak beli la...baru2 nie terjumpa alat nie dgn harga yg berpatutan ..so rembat la satu..n ternyata sgt berguna...maka dengan ini dapt la dguna kembali sarung bantal ni dengan selesa.



sarung bantal yg berbulu
boleh bezakan yg berbulu n yg dh
dbuang bulu dgn lint remover tu
ni la alatnya..tgk kat dlm bekas
biru tu bulu yg terkumpul
nie tempat pemotongnya


ape lagi dapatkan satu dpasaran..
hehehe..ada yg nak order ke?
 nak buat jualan la..


04 April 2012

Jenis tepung dan kegunaannya





Bila nak buat kuih muih nie banyak juga nama tepung kita akan kenal..tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, tepung jagung, dll....tp kadang-kadang kita tak tahu kenapa kita guna tepung tu kan..nape tak guna tepung lain..so jom kita rujuk sini utk dpt info lebih dr shaniza..tq for sharing yer.



semua gambar adalah sumbangan mr google



20 March 2012

hadiah di hari lahirnya ibu

11 Mac 2012 genab 31 tahun dah ibu lahir ke dunia..terima kasih buat mak yg telah mengandung dan melahirkan..tak lupa juga buat dad yg bersama2 menjaga dan mendidik adik hingga sekarang..abang, akak, an, ajam, moga kita sentiasa menjadi adik beradik yg saling membantu dan sayang menyayangiAlhamdulillah dengan semua nikmat yg telah dikurniakan buat ibu..rezeki yg tak ternilai 2 cahaya hati ibu Alya Qasrina dan Arfa Farhana...pelengkap hidup ibu En Azrizal, suami terchenta..:)..




29 February 2012

Infrared thermometer

Td abg postmen hon hon depan rumah..yes dh agak dah, parcel yg dtunggu sudah sampai..taaadaaa nie parcelnya...

 




Baru-baru ni kami hantar hujung scoop anmum lacta utk redeem thermometer nie..nasib baik anmum buat promo nie sbb kebetulan thermometer yg selalu guna tu dh dpatahkan oleh anak2..alhamdulillah rezeki dpt yg lebih baik..nak beli sendiri thermometer nie idak le..rm270 tu...

 sebelum ni pernah dah redeem bp monitor tp dh sampai ajalnya...kali ni kena jaga elok2..syg wooo kalau rosak barang free nie...


 pada sape2 yg belum redeem sila la berbuat demikian yer..




sgt mudah..boleh rujuk sini atau sini


04 February 2012

Lagi akiviti dengan cebisan2 kertas

Selain menampal kertas ada lg aktiviti2 kakak n adik nie dengan kertas2 yg d koyak...nasib baik la kat rumah nie byk org hantar flyers..tu la bahan2 koyak...tp lately bahan mahal jd habuan..komik upin ipin..nasib baik dpt free masa LIMA aritu..

Ini adalah aksi bermain salji kot..penuh satu rumah...ibu n ayah jd penonton..biarkan je...siap pesan lg.."ibu kutip tau..jangan vacum..." :p sorry yer kakak...ibu x cukup rajin nak kutip sebanyak tu....terpaksa la ibu vacum lepas kakak keluar ngan ayah..nasib baik dh lupa bila balik..

 adik pun happy sgt
 rajin tul kakak koyak kecik2 mcm tu...time koyak kertas adalah time kakak plg fokus selain main hp ayah


Nie pulak namanya main train...tp train nie x bape jd..bengkang bengkok..accident kot kakak..hehhe


Yg nie ok..tersusun elok kakak buat
happy je tgk train (kenderaan plg kakak minat) 
 sebuk membuat train
 adik sudah dtg utk 'membantu'
jom naik train...kakak bawak tau 
 abis dah adik tolong baiki
 "adik jgn la...no no no"
cian kat adik..mesti dlm hati adik ckp "adik nak tolong kakak jer.." :D



03 February 2012

Hasil kerjatangan Alya

 "habis tangan kakak kena gam"
 khusyuk menampal
 boleh buat kerja nie dgn aman bila adik tido
 sukanya dia..:)
 ibu tolong lukis yer
 gunting pulak
 nie tangan adik
 nie tangan kakak
Hobby Alya ialah suka koyak kertas...pantang ada kertas mesti nak koyak...nasib baik sekarang nie dah tak koyak buku n majalah ibu..tp kena gak la pantau.. Oleh kerana banyak sgt hasil kertas yg dikoyak, ibu pun kena la cari idea nak buat ape drpd masuk ke tong sampah je...so ideanya alya tampal kat kertas A4 cebisan2 kertas yg dh dkoyak...happy sgt alya bila buat kerja tampal menampal nie...tp mmg selamat la gam yg d guna tu...2 ke 3 kali pakai dh abis...bila dh siap tampal ibu pun tolong la draw bentuk tangan alya n adik arfa..then gunting n letak kat peti ais...suka sgt dia... :) good job my dear..

nie la hasilnya
daripada kertas nie

20 August 2011

Tentang Kipas Siling (Ceiling Fan)

Salam..tetiba je kan muncul setelah lama menyepi..tp keluar lak topic kipas... :) okla tu kan dr terus terkubur blog anak2 ibu nie...sebenarnya dua tiga hari nie ibu wat literature review pasal kipas siling nie...so drp lupa dan berkarat baik ibu simpan info2 yg ibu dapat kat sini..sapa2 nak tau sejarah ringkas pasal kipas siling leh g sini yer..kat sini ibu nak kongsi ape yg ibu faham...so kalau ada nak tambah or tolak d alu2kan...

ok kipas siling nie setakat yang ibu tau ada 3 jenis berdasarkan cara utk mengawal kelajuan dan on off kipas...
  • remote control (alat kawalan jauh)--- dikawal guna remote control n remote control pulak ada 2 jenis :
== infrared (kalau nak tukar speed kena halakan remote ke kipas)
== radio frequency ( x yah susah2..tekan je dr arah mana2...kalau kipas mahal2 tu biasanya guna remote jenis nie )
  • regulator (pengatur kipas) --- ni stail lama la nak tukar speed kena pusing tombol kat pengatur ( box kat tepi suis kipas tu)
  • pullchain (tarik tali)-- ni lak kalau nak tukar speed leh main tarik tali yg tergantung kat tgh kipas

14 June 2011

gegaran gempa..

sape2 rasa tak gegaran pg td? en suami bgtau ada rasa gegaran kat sek, baru la ibu sibuk surf internet..rupa2nya mmg ada gegaran kul 8.08 pg td susulan dr gempa sederhana kuat d sulawesi utara...ramai gak yg dah melapor lebih awal...ibu nie biasanya lewat sket BW nie..pg2 anak2 kena d utamakan dulu..

ibu nak letak link utk dptkan info terkini earthquake kat sini utk sape2 n ibu gak


tak pun leh gak rujuk sini..yg nie malaysianya nyer gegaran..




07 March 2011

blog xde..

terkejut tul bila start nak buka blog alyaqasrina nie x boleh..check email gmail pun x leh..x tau la nape..maybe sbb x bg no phone masa dia minta aritu kot..so terpaksa la bg gak utk dptkan verification code..nasib baik semua nya masih selamat..alhamdulillah..


05 March 2011

Type of glue

selingan jer nie..utk rujukan jenis2 gam yg ada dan kegunaannya...ingat nak translate n tambah ape2 yg patut...tgk la yer kalau sempat...rujuk sini

adik arfa merangkak

sejak semalam arfa dah mula merangkak...walaupun dua tiga kali gerak je...tp nampaknya arfa dah menunjukkan minat utk merangkak...hari nie lagi byk gerakan yg arfa buat...keep it up arfa...

n for the first time tgk arfa angkat bdn kat tangga..tinggi ..nak cite pun x tau mcm mana so kita tgk gambar je la yer...



dah abis angkat badan..terduduk sendiri...nie kira cara duduk paling hebat bg arfa setakat nie..




13 February 2011

arfa 6 bulan












bulan nie arfa akan masuk 7 bulan...start 4 bulan arfa start bergolek2...5 bulan arfa dh boleh menyulur ala2 komando...now alya dh start wat gaya merangkak...tak tau la bila nak start merangkak...kakak alya start merangkak sungguh2 time umur 10 bulan...so arfa lak kita wait n see...